Monday, November 24, 2008

Datuk Siti terima orang ketiga?

Wah, cerita mengenai Datuk Siti Nurhaliza tidak pernah sunyi dalam industri hiburan sama ada mengenai karier mahupun peribadinya yang sentiasa menjadi perhatian media. Terbaru berita yang bertiup kencang kepada peciter mengenai Datuk Siti yang bakal menerima kehadiran orang ketiga dalam rumah tangga mereka mampu memberikan sinar bahagia kepada Datuk K.

Sumber memberitahu kepada peciter, Datuk Siti dan suaminya dilihat telah mengunjungi satu klinik di Klang yang dikhaskan untuk VVIP bagi membuat pemeriksaan kesihatan di situ. Dikatakan pasangan itu telah membuat perkara yang sama di klinik tersebut untuk membuat pemeriksaan pregant test bagi memastikan sama ada Siti mengandung atau tidak?

Hasil daripada pemeriksaan yang dilakukan oleh pasangan itu tidaklah diketahui sama ada berjaya atau tidak? Tapi jika sudah sampai ke klinik itu pasti keputusannya positif ya? Jika benar mengenai perkara itu nampaknya sinar bahagia sedang menanti mereka sekeluarga tidak lama lagi dan perlulah tunggu berita gembira itu diumumkan oleh Siti sendiri.

dicuri drp-
JomStar.Com

Saturday, November 1, 2008

Kenapa Rambut Ketiak Tak Sepanjang Rambut Kepala ya?


Kalau kita lihat rambut yang tumbuh di kepala kita, bila dibiarkan tumbuh, semakin lama akan semakin panjang. Sedangkan bila kita bandingkan dengan rambut yang ada di lengan kita, tampaknya tidak bertambah panjang. Mau tahu kenapa?

Tiap helai rambut di tubuh kita itu, tumbuh dari satu kantong rambut. Di dalam kantong rambut tersebut, sel-sel rambut baru terbentuk di akar, dan dimulai dari tangkai rambut.

Pada saat sel-sel baru terbentuk, maka sel-sel baru tersebut akan mendorong sel-sel yang lebih tua untuk keluar dari kantong rambut tersebut. Nah, pada saat sel-sel yang lama terdorong keluar, sel-sel tersebut mati dan menjadi rambut seperti yang kita lihat.

Setiap kantong rambut akan menghasilkan sel-sel baru dalam beberapa periode. Hal itu tergantung letak kantong rambut yang berada di tubuh. Periode untuk menghasilkan sel baru ini disebut fase pertumbuhan.

Setelah fase pertumbuhan, kantong rambut akan berhenti memproduksi sel-sel baru untuk beberapa lama. Fase ini disebut dengan fase istirahat. Setelah melewati fase istirahat, kantong rambut kemudian akan memulai fase pertumbuhan lagi.

Pada saat kantong rambut memasuki fase istirahat, batang rambut patah. Jadi, rambut yang lama menjadi rontok dan digantikan dengan rambut yang baru. Untuk itu, waktu yang diperlukan rambut untuk tumbuh selama fase pertumbuhan akan mengontrol panjang maksimum rambut.

Sedangkan pada rambut di lengan, sel-selnya akan memprogram untuk berhenti tumbuh setiap beberapa bulan. Hal inilah yang menyebabkan rambut-rambut di lengan kita tetap pendek. Kantong rambut di kepala kita diprogram untuk membiarkan rambut tumbuh selama bertahun-taun, sehingga rambut di kepala kita dapat tumbuh dengan panjang. Itulah sebabnya kenapa rambut di kepala bertambah panjang, sedangkan rambut di lengan kita tetap pendek. Wah..bayangkan aja kalo proses pertumbuhan rambut dikepala sama di ketiak ,, huhu

Tuesday, September 16, 2008

Satu demi satu pusat tiru amalan pentadbiran dipelopori Kelantan

Nampaknya amalan yang sudah lama dipraktik di Kelantan satu demi satu mulai ditiru kerajaan persekutuan setelah negara berdepan dengan krisis kenaikan harga minyak sekarang.

Minggu lepas Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengumumkan elaun keraian jemaah menteri dipotong sebanyak 10 peratus sebagai langkah berjimat cermat.

Dan semalam pula Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Ong Ka Chuan mahu semua pihak berkuasa tempatan memadam alat penghawa dingin dan lampu pejabat pada waktu rehat tengah hari.

Tanpa disedari banyak pihak, amalan itu sebenarnya sudah lebih 18 tahun dipraktik di Kelantan yang dipelopori sendiri Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Pejabat Menteri Besar dan anggota-anggota Exco di Kelantan telah lama mengamalkan semua lampu pejabat ditutup pada waktu rehat tengah hari.

Falsafah yang diterapkan Menteri Besar iaitu berjimat jangan sampai kedekut, dan berbelanja jangan pula sampai boros.

Setiausaha Akhbar Menteri Besar, Ustaz Mohd Saiba Yaakub berkata, Tuan Guru Nik Abdul Aziz ketika berada di pejabat hanya memasang lampu di bahagian mejanya sahaja.

�Beliau menggunakan lampu di atas meja sahaja untuk membaca atau melaksanakan tugas harian. Lampu di bahagian lain tidak dipasang.

�Lampu-lampu lain hanya dipasang ketika ada tetamu mengunjunginya. Perkara itu sudah menjadi amalan sejak sekian lama dan bukan perkara baru,� katanya di sini.

Menurutnya, amalan itu juga dipraktik anggota-anggota Exco dan pegawai-pegawai kanan kerajaan negeri yang ternyata dapat menjimatkan kewangan kerajaan.

Kata beliau juga Menteri Besar sering kali memberi penekanan tentang pentingnya berjimat cermat dalam mana-mana pertemuan sama ada dengan pegawai kerajaan atau ahli parti.

Beliau juga memberitahu ketika Terengganu diperintah PAS pada 1999 sehingga 2004 Menteri Besar ketika itu, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mengarahkan Wisma Darul Iman dan Kompleks Mahkamah Syariah menutup lampu ketika waktu rehat.

Menurutnya hasil daripada amalan berjimat cermat tersebut kerajaan Terengganu ketika itu dapat menjimatkan puluhan ribu setahun.

Mohd Saiba berkata, amalan berjimat cermat yang ditekan kerajaan PAS di Kelantan bukan sekadar ketika negara sedang berdepan dengan krisis harga minyak seperti sekarang.

�Amalan itu ditekankan agama Islam sejak awal lagi dan bukan setelah terdesak seperti yang mahu diamalkan kerajaan persekutuan,� ujarnya.

Kelantan juga mendahului banyak perkara dalam aspek pentadbiran yang kemudiannya ditiru kerajaan persekutuan. Antaranya cuti wanita bersalin 60 hari, cuti dua hari seminggu dan mewujudkan sistem gadaian Islam.

Friday, August 15, 2008

Ar Rahn Jalan Tok Hakim dipecah masuk

KOTA BHARU, 10 Ogos (Hrkh) - Sebuah kedai pajak Islam, Ar-Rahn di Jalan Tok Hakim milik Permodalan Kelantan Berhad (PKB) dipecah masuk kira-kira jam 12 pagi tadi.

Kejadian itu hanya disedari pihak pengurusan Ar Rahn pada jam 3 pagi. Ar Rahn sehingga kini mempunyai 13 kedai gadaian Islam, merupakan anak syarikat kepada Perbadanan Kemajuan Iktisas Negeri Kelantan (PKINK).

Ar Rahn juga membuka cawangan pertama di luar Kelantan iaitu di Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Ketua Polis Kelantan, Dato' Abdul Rahim Hanafi berkata, premis itu dipecah masuk sekumpulan lelaki dalam kejadian tengah malam tadi.

Image Beliau berkata, melalui rakaman litar tv tertutup (CCTV) yang terdapat di dalam premis berkenaan, empat individu bertopeng terbabit dalam kejadian tersebut.

"Siasatan polis juga mendapati keempat-empat suspek memecah masuk melalui bumbung atas bangunan tiga tingkat itu.

"Mereka kemudian bertindak menebuk lubang terus ke bilik kebal sebelum mengambil emas yang disimpan di dalam lebih 200 peti besi simpanan emas di kedai terbabit," katanya pada persidangan media di sini.

Abdul Rahim berkata suspek hanya berjaya melarikan emas yang belum diketahui nilainya.

Bagaimanapun katanya wang bernilai RM360,000 yang turut disimpan di dalam peti besi di situ tidak dapat dibuka mereka.

Sementara itu, pihak pengurusan PKB berharap orang ramai yang terlibat dengan urusan di Ar Rahn berkenaan bertenang dan pihaknya memberi jaminan akan bertanggungjawab ke atas semua barang-barang gadaian milik pelanggan.

"Pihak kami juga terpaksa menutup operasi di cawangan tersebut bermula hari ini sehingga diberitahu kelak," katanya.

Pengarah Eksekutif PKB, Sabri Abdullah berkata, pihak PKINK kemungkinan besar akan mengadakan sidang media khas mengenai kejadian tersebut esok.

AR-RAHNU PAJAK GADAI ISLAM PERTAMA DI DUNIA

SISTEM cagaran untuk mendapatkan wang telah berlaku sejak zaman Rasulullah s.a.w. apabila Baginda pernah membeli makanan daripada orang Yahudi dengan menggadaikan baju besinya, menurut satu hadis riwayat Bukhari dan Muslim.

Allah s.w.t. berfirman bermaksud: Jika kamu dalam perjalanan (dan bermuamalah tidak secara tunai) sedangkan kamu tidak memperoleh seorang penulis, maka hendaklah ada barang jaminan yang dipegang (oleh yang berpiutang). Akan tetapi jika sebahagian kamu mempercayai sebahagian yang lain, maka hendaklah yang dipercayai itu menunaikan amanatnya (hutangnya) dan hendaklah ia bertakwa kepada Allah Tuhannya; dan janganlah kamu (para saksi) menyembunyikan persaksian. Dan sesiapa yang menyembunyikannya, maka sesungguhnya ia adalah orang yang berdosa hatinya; dan Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan. (Al-Baqarah: 283)

Dalam Islam telah termaktub sistem yang sempurna dan praktikal untuk dilaksanakan oleh umatnya bagi mengelakkan berlakunya riba dan unsur-unsur gharar (penipuan). Bagaimanapun, sejak zaman pemerintahan British di negara ini, perniagaan pajak gadai banyak diusahakan masyarakat Cina. Ini telah menyebabkan berlakunya transaksi perniagaan yang bertentangan dengan hukum syarak.

Ketua Jabatan Syariah dan Ekonomi, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, Prof. Dr. Abdullah @ Alwi Hassan berkata, orang Melayu-Islam di negara ini memerlukan perkhidmatan mudah tunai dengan menggadai barang-barang tertentu untuk dijadikan modal pusingan dari semasa ke semasa.Kebiasaannya mereka menggunakan wang untuk membeli barang keperluan seperti beras dan bahan makanan.

“Apabila kesuntukan wang, mereka akan menggunakan barang kemas untuk membeli barang-barang lain atau ditebus balik. Tetapi persoalan yang timbul di sini ialah kadar bunga atau faedah yang dikenakan kepada penggadai. Malah, ada ketikanya barang tersebut akan lupus jika mereka gagal menebusnya kembali. Ini menunjukkan berlaku pengambilan terus secara tidak adil,” jelas beliau mengenai operasi pajak gadai konvensional. Pada 1990, bekas Gabenor Bank Negara, Allahyarham Tan Sri Jaafar Hussin berucap dalam sebuah forum di Pulau Pinang tentang betapa perlunya sebuah institusi kewangan Islam menerusi sistem perbankan memberi kemudahan kepada mereka yang tidak berkemampuan untuk memperoleh wang melalui cagaran.

Sebagai menyahut seruan itu, kerajaan Terengganu buat pertama kalinya telah melaksanakan Muassasah Gadaian Islam Terengganu pada 23 Januari 1992. Pajak gadai itu ditubuhkan di bawah Pejabat Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu yang dibiayai sepenuhnya oleh kerajaan Terengganu. Penubuhan pajakan dan operasi itu termaktub di bawah peruntukan Seksyen 12 dan 14 Enakmen Pentadbiran Hal Ehwal Agama Islam Terengganu (Bil.2) 1986. Dari segi perundangan, operasi Muassasah Gadaian Islam Terengganu tertakluk di bawah Akta Pemegang Pajak Gadai 1972. Peraturannya berkuatkuasa pada 1 Jun 1992. Pelaksanaan Muassasah Gadaian Islam Terengganu yang memenuhi kehendak syariah Islam telah menarik minat Perbadanan Kemajuan Iktisad Kelantan. Melalui anak syarikatnya, Permodalan Kelantan Berhad, ia telah mewujudkan Kedai Ar-Rahn yang memulakan operasi pada Mac 1992 dengan modal awal RM2 juta. Ia merupakan syarikat atau institusi gadaian Islam terawal di Malaysia.

Kerajaan pusat telah menyarankan dilaksanakan sistem pajak gadai Islam Ar-Rahnu di seluruh negara menjelang 1993.
Kalangan ahli fuqaha dan sarjana undang-undang Islam mentakrifkan gadaian sebagai barang yang disahkan sebagai cagaran hutang atau dengan kata lain menjadikan sesuatu harta yang mempunyai harga sebagai jaminan hutang. Ia akan dijadikan pembayaran hutang sekiranya hutang tidak mampu dijelaskan.

Semua barang yang boleh diperdagangkan boleh digadaikan dalam tanggungan orang berhutang. Ar-Rahnu dari sudut bahasa membawa maksud tetap (al-Dawam) dan penahanan (al-Habs). Dari segi pelaksanaan yang lebih meluas, Bank Kerjasama Rakyat dengan kerjasama Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YPEIM) telah memperkenalkan skim pajak gadai Islam kepada masyarakat umum. Pelaksanaannya mendapat kerjasama sepenuhnya daripada Bank Negara Malaysia (BNM) yang bertindak sebagai badan kawal selia kerajaan.

“Sebagaimana institusi kewangan Islam yang lain seperti takaful dan Bank Islam, skim Ar-Rahnu bertujuan untuk mengelakkan umat Islam daripada terlibat dengan amalan riba dan ketidakadilan dalam sistem pajak gadai konvensional. Dari segi ekonomi, skim ini menjadi platform untuk mendapatkan modal segera dalam perniagaan barang-barang runcit,” ujar Abdullah mengenai objektif pelaksanaan skim Ar-Rahnu.

YPEIM menjadi pelabur utama dan penyelaras dana pelaburan dan Bank Rakyat bertindak sebagai pengurus pelaksanaan operasi skim tersebut. Projek itu dijalankan berdasarkan kepada konsep Mudarabah Khas (Muqayyadah). Skim yang bermula pada 21 Oktober 1993 itu melibatkan pelaburan berjumlah RM5 juta daripada YPEIM dengan pembahagian keuntungan 70:30. Melihat kepada sambutan yang menggalakkan daripada pelbagai lapisan masyarakat, YPEIM kemudian menjalin kerjasama dengan Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) dan Bank Pertanian Malaysia. Pelaksanaan skim itu di semua institusi kewangan adalah selaras dengan hukum syariah.

Beberapa badan pergerakan koperasi dan kerajaan negeri turut menceburkan diri dalam bidang itu. Contohnya, kerajaan Perlis telah menubuhkan sistem pajak gadai Islam pada Januari 1997. Antara badan pergerakan koperasi yang terawal dalam pelaksanaan skim ini ialah Koperasi Pengguna Pahang Berhad, Koperasi Gabungan Pekebun Kecil Perak Berhad dan Koperasi Kakitangan Kerajaan dan Badan-badan Berkanun Terengganu.

Jelas Abdullah, konsep Ar-Rahnu menggalakkan pinjaman tanpa faedah kepada mereka yang memerlukan dan membantu masyarakat tanpa mengira batas agama dan keturunan. Selain itu, ia dapat mengelakkan penglibatan umat Islam dengan transaksi perdagangan yang berunsur negatif. Islam menghalalkan gadaian kerana ia berupaya meningkatkan taraf sosial dan keadilan dalam masyarakat.

Berdasarkan kajian dan pemerhatian yang dijalankan, beliau mendapati pajak gadai konvensional mempunyai beberapa aspek yang bercanggah dengan hukum Islam terutama dari segi pelaksanaan dan operasi. Katanya, penyelewengan berlaku dari segi nilai gadaian yang semakin menyusut walaupun barang kemas didapati lebih berat. Malah undang-undang pajak gadai tidak mewajibkan peniaga pajak gadai mencatatkan saiz dan berat barang kemas pada resit gadaian. Mereka juga dikenal pasti menetapkan kadar faedah yang berlebihan berbanding yang telah termaktub dalam Seksyen 46, Akta Pemegang Pajak Gadai 1972.

Tambah Abdullah, sistem konvensional memberi nilai gadaian rendah walaupun banyak barang yang hendak digadai kerana akta tidak menetapkan kriteria untuk meletakkan harga pada barang gadaian. Peniaga pajak gadai turut mengenakan bayaran ke atas resit gadaian. Berdasarkan kepada akta itu, pemegang gadaian boleh mendapatkan semula resit secara percuma apabila memohon penangguhan tetapi ada yang mengambil kesempatan dengan mengenakan bayaran 50 sen untuk setiap salinan resit gadaian yang seterusnya. Mereka berani mengambil kesempatan kerana akta tidak mewajibkan pemberian resit bagi barang yang telah digadai kecuali pemegang yang perlu menyerahkan surat pajak gadai sahaja.

“Pada masa yang sama, peniaga pajak gadai tidak memulangkan wang lebihan selepas lelongan dan ditolak jumlah hutang. Tindakan ini ternyata menindas pengguna yang amat memerlukan wang tersebut,” katanya.
Apabila peniaga pajak gadai didapati sewenang-wenangnya menindas pengguna yang kurang arif mengenai operasi pajak gadai, secara tidak langsung ia membuktikan kelemahan Seksyen 46, Akta Pemegang Pajak Gadai 1972.
Antara kelemahan yang dikenal pasti ialah akta itu tidak mewajibkan peniaga menunjukkan kadar faedah yang ditetapkan di tempat terbuka dengan jelas atau menerangkan kepada penggadai yang buta huruf kerana perniagaan pajak gadai tidak dipantau dengan ketat.
Akta tersebut juga tidak menetapkan kawalan atau peraturan terhadap acara melelong barang gadaian yang tidak ditebus. Malah tidak dinyatakan waktu dan tempat lelongan diadakan. Barang gadaian yang hendak dilelong juga tidak dipamerkan.

“Walaupun akta ada menyatakan pemegang lesen bertanggungjawab terhadap barang cagaran tetapi jika berlaku kerosakan, pampasan yang dibayar kepada penggadai adalah tidak adil kerana ia menerima nilai yang lebih rendah dan kurang daripada nilai gadaian sebenar,” ujar Abdullah.

Enam bulan adalah tempoh pajakan yang singkat jika jumlah pinjaman yang dibuat adalah besar dan penggadai terdiri daripada golongan miskin dan berpendapatan rendah. Pada masa yang sama, penggadai turut dibebankan dengan kadar faedah yang tinggi kerana perniagaan pajak gadai memerlukan modal yang besar. Selain itu, akta itu hanya mengehadkan peniaga pajak gadai memberi pinjaman sebanyak RM5,000 dan jika lebih ia perlu mendapatkan lesen peminjam wang. Keadaan ini sangat merugikan penggadai kerana keadaan inflasi akan menaikkan nilai barangan.
Dari segi menamatkan kontrak gadaian, Abdullah menjelaskan, barang gadaian akan diserahkan apabila penggadai telah melunaskan hutang kepada pemegang gadai. Sekiranya penggadai tidak mampu membayar hutang yang diambil, apabila tamat kontrak, dengan kebenaran hakim pemegang gadai boleh melelong barang tersebut dan ia hanya boleh meletakkan harga barang tersebut sebanyak hutang yang dikenakan

Selain itu, kontrak juga boleh berakhir dengan pelupusan hutang (ibra’) iaitu pemegang gadai bersetuju menghapuskan hutang dengan memulangkan semua barang tersebut tanpa membayar hutang. Mengenai status penggadai yang meninggal dunia, Abdullah menyatakan, kontrak gadaian tidak akan berakhir atau terbatal sekiranya berlaku kematian. Jika penggadai atau pemegang gadai meninggal dunia, waris-waris akan menggantikan tempat mereka. Sekiranya waris masih kecil atau berada di luar negara, maka waris boleh menjual harta gadaian dengan persetujuan pemegang gadaian dan ia hanya boleh digunakan untuk menjelaskan hutang si mati.

“Dalam kes gadaian yang menggunakan harta yang dipinjam pula, sekiranya berlaku kematian, pemegang gadai tidak boleh menjual barang tersebut melainkan dengan keizinan pemberi pinjaman. Tetapi jika pemberi pinjaman ingin menjualnya tanpa keizinan pemegang gadai, syaratnya harga jualan perlu dapat menampung jumlah hutang,” jelas Abdullah. Sistem pajak gadai Islam ternyata memberi kelebihan kepada semua lapisan masyarakat tanpa mengira agama dan keturunan kerana ia berlandaskan kepada hukum Islam. Pajak gadai Islam dinilai oleh penasihat syariah yang terdiri daripada mereka yang mempunyai kepakaran dalam bidang undang-undang Islam.
Ar-Rahnu yang dijalankan di Malaysia merupakan sistem pajak gadai yang pertama di dunia dan hingga kini masih belum ada sistem yang seumpamanya di dunia.

--UTUSAN MALAYSIA